Syarikat ILUF International Pte. Ltd. telah didaftarkan di Singapura dan beralamat di Blok 212, Bright Center #03-316, Teluk Kurau Road, Singapore 425500. Tel : +65-63444158. Pengarah syarikat : Puan Nilza Nicole Aziz & Encik Din Said Tawaskhan. Syarikat ILUF International Pte. Ltd. adalah pemilik laman web http://www.iluf.biz di mana ia adalah merupakan sebagai satu platform untuk pemberian keuntungan kepada ahli-ahlinya berdasarkan kepada 'share' yang mempunyai nilai tidak tetap bergantung kepada keuntungan dalam:
1) Urusniaga matawang (forex).
2) Perniagaan 'Trading' yang dijalankan dalam nilai matawang dolar Amerika (USD). 3) Kemasukan pembelian lot-lot baru oleh ahli-ahli. 4) Kemasukan semula pembelian lot-lot baru oleh ahli-ahli lama.
Program I Luv U Forever atau ILUF.biz ini telah bermula pada 10 Januari 2007 dan sehingga Mac 2007, keahlian telah mencecah kepada lebih 12,000 orang.
|